Jumaat, 21 November 2008

PROJEK TANAMAN SERAI

Sekarang nie dah dua bulan lebih usia tanaman serai tapi, maaflah...gambar serai terbaru takde dalam koleksi. Sibuk sejak akhir-akhir nie, tak sempat nak save dalam PC. Gambar kat sebelah tanah yang baru dibersihkan tapi tak sampai 1/4 yang dah siap... Peringkat awal, proses pembersihan tanah tak berapa cantik. Tapi tanah tak berapa cantik, walau macam mana pun terpaksa tanam sebab waktu tu anak benih serai dah beli untuk 2 ekar. Tak tanam terus nanti layu pulak. Dah lah tu mula projek pulak di awal bulan puasa... tuhan saja yang tahu betapa penatnya. Betul-betul kena ujian dan dugaan puasa tahun nie.


Rasanya, gambar serai sebelah kiri nie sewaktu berusia 2 minggu lebih. Tengoklah...dengan ranting-ranting kayu pun tak sempat bersihkan. Penat sangat. Upah orang bulan puasa nie bukannya ada orang yang sanggup. tapi, alhamdulillah..setakay nie semua pokok serai tumbuh elok. Tapi, ada juga sesetengah yang hidup sebatang anak pokok je. Mungkin sebab lama sangat kita orang nak habiskan tanaman seluas 2 ekar nie, ada sebahagian anak benih serai dah mati. Tapi, nasib baik syarikat yang jual anak benih serai tu dah buat gantian.

Lebih kurang sebulan lepas tu, kita orang dah mula membaja pokok-pokok serai. Tanah pulak keras, maklumlah...membajaknya tidak. Semua nak ekspress dan jimat kos.

Sekarang nie dah masuk 2 bulan lebih. Membaja pun dah masuk kali ke dua. Hai, penat betul. Hari tu kita orang order lagi untuk 1 ekar. Baru je habis tanam, tapi tak tengok lagi macam mana perkembangan anak pokok serai hasil tanaman peladang jaya Kg. Dabong agaknya. Kita orang tak sempat balik kampung 2-3 minggu lepas, sebab projek tanaman cendawan pun baru nak mula, tapi masih sangkut-sangkut. Nampak gaya projek cendawan pun kena kerap pantau baru lah projek jalan.

Ahad, 9 November 2008

Kenangan

Nie gambar my family masa bercuti kat Kuala Terengganu...



ermm... la nie dah nak masuk anak ke empat, rezeki dan amanat kurniaan Allah S.W.T..... Rezeki yang Allah bagi sememang dah cukup untuk kami sekeluarga... tapi kadang-kadang entah kenapa hati ini rasa belum puas melakukan pekerjaan yang sama setiap hari. Rasa ingin mencari sesuatu yang berlainan dari bidang tugas kami. Lagipun... rezeki di bumi Allah ini cukup luas untuk diterokai... Berbakti kepada tanah mendatangkan kepuasan dalam diri kita.


Allah S.W.T ada berfirman:

"Tolonglah dirimu untuk mengumpulkan rezeki, kerana sesungguhnya rezeki itu adalah dibahagikan; bersifat tamak adalah ditegah, bakhil adalah tercela dan kesenangan (nikmat) tidak akan kekal, berbuat baikberlebih-lebihan adalah kesialan, ajal adalah sudah ditentukan, yang benar juga sudah ditetapkan". (Hadis Qudsi)

Waktu berada di kota metropolitan dulu kami tak nampak budi yang boleh dicurahkan pada tanah. Maklumlah...tanah pun takde, super market adalah untuk kita orang pergi melupuskan wang ringgit tiap-tiap hujung bulan. Awal bulan dah kering... Balik kampung jauh, paling kurang kena ada RM5oo ke atas waktu tu. Sekarang nie dah 4 tahun kita orang berpindah, jauh dari kesibukan kota. Kerja pun tak pening sangat. Nak uruskan anak-anak pergi sekolah atau nursery pun senang.

Alhamdulillah, tak sampai setahun kat sini macam-macam rezeki yang Allah Kurniakan. Kami dah beli rumah, tempat untuk kami sekeluarga berlindung. Tanah pun ada juga beberapa lot. Bolehlah diusahakan dengan projek-projek pertanian. Macam-macam dah projek yang ada dalam perancangan kita orang nie, cumanya baru di peringkat perlaksanaan je. Ditambah lagi dengan laungan Pak Lah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dari segi pertanian, termasuklah projek ECER di bahagian pantai timur. Ye lah, jiran sebelah negara kita, Thailand dah lama berada jauh di hadapan dari segi pertanian. Kita baru nak mengorak langkah... Kita masyarakat melayu nie,tengok orang lain maju bila melakukan sesuatu baru lah nak kita nak laksanakan, termasuklah kita orang nie.

Projek yang sedang kami usahakan sekarang nie adalah projek tanaman serai hijau/ paha ayam, cendawan tiram kelabu dan getah. Cuma projek serai je yang tengah menunggu produk pengeluaran. Lain-lain masih di peringkat pelaksanaan. Hai... susah juga nak memulakan sesuatu projek nie ye. Nak tunggu bersihkan tanah pun dah berapa lama.



Nie gambar waktu along dengan angah masing-masing umur 4 dan 3 tahun.