Khamis, 5 Februari 2009

KAEDAH TERNAKAN KELI



CARA TERNAKAN KELI YANG MENJIMATKAN MASA, JIMAT TENAGA DAN JIMAT KOS.





Penyediaan Kolam:

  1. Masukkan air 7 inci
  2. Masukkan makanan organikmengikut kuantiti keli ( 2000 keli=1 beg/5kg makanan organik)
  3. Masukkan keladi bunting 1/2 dari permukaan air kolam
  4. Masukkan pokok kangkung air 1/4 dari permukaan air
  5. Biarkan selama 3 hari
  6. Masukkan anak keli bersaiz 3 inci
  7. Selepas 1 bulan tambah air jika berkurangan
  8. Tunggu sehingga boleh dijual ( lebih kurang 3 bulan)

MAKANAN ORGANIK IKAN KELI



Bagi sesiapa yang berminat dalam projek pelihara ikan keli, sekarang nie dah ada satu kaedah yang lagi menguntungkan dan menjimatkan kos. Kalau dulu kena habiskan duit ratusan ringgit untuk satu kolam bagi membeli palet/ dedak ikan, selain itu ada juga yang bersusah payah merebus perut ayam untuk diberi kepada ternakan ikan keli.

Sekarang ni, semua susah payah tu sudah jadi kenangan buat anda semua. Kenapa? Sebabnya, dengan menggunakan makanan organik ni, anda tidak perlu lagi menukar air kolam, tidak perlu habis duit membeli palet ikan setiap bulan sementara menunngu ikan dipasarkan dan hasil yang diperolehi lebih baik dan bermutu berbanding sebelum ini. Selain itu, air kolam juga bersih dan tidak berbau. Makanan Organik ni dijual dengan harga RM90 bagi satu beg 5kg dan memadai untuk 2000 ekor ikan keli dari bulan pertama hinggalah bulan ke-3 atau sehingga dipasarkan.

Walaubagaimana pun, 1/2 daripada permukaan kolam perlu di isi dengan poko keladi bunting dan di bahagian dasar kolamperlu diisi dengan tanah sedalam 3 inci. Selain tu, perlu juga di tambah pokok kankung air 1/4 dari permukaan air kolam sebelum dimasukkan benih-benih ikan keli.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Makanan Organik bolehlah hubungi saya di talian: 013-9959781 terutamanya untuk pengusaha di kawasan pantai timur. Penghantaran melalui pos juga dibuat dan dikenakan charge RM15 sebagai kos penghantaran.

Pihak kami juga ada menyediakan kursus kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahu dengan lebih lanjut tentang teknik Penyediaan Kolam serta Teknik Matikan Kolam bagi yang menggunakan kolam simen.