Khamis, 5 Februari 2009

KAEDAH TERNAKAN KELI



CARA TERNAKAN KELI YANG MENJIMATKAN MASA, JIMAT TENAGA DAN JIMAT KOS.





Penyediaan Kolam:

  1. Masukkan air 7 inci
  2. Masukkan makanan organikmengikut kuantiti keli ( 2000 keli=1 beg/5kg makanan organik)
  3. Masukkan keladi bunting 1/2 dari permukaan air kolam
  4. Masukkan pokok kangkung air 1/4 dari permukaan air
  5. Biarkan selama 3 hari
  6. Masukkan anak keli bersaiz 3 inci
  7. Selepas 1 bulan tambah air jika berkurangan
  8. Tunggu sehingga boleh dijual ( lebih kurang 3 bulan)

MAKANAN ORGANIK IKAN KELI



Bagi sesiapa yang berminat dalam projek pelihara ikan keli, sekarang nie dah ada satu kaedah yang lagi menguntungkan dan menjimatkan kos. Kalau dulu kena habiskan duit ratusan ringgit untuk satu kolam bagi membeli palet/ dedak ikan, selain itu ada juga yang bersusah payah merebus perut ayam untuk diberi kepada ternakan ikan keli.

Sekarang ni, semua susah payah tu sudah jadi kenangan buat anda semua. Kenapa? Sebabnya, dengan menggunakan makanan organik ni, anda tidak perlu lagi menukar air kolam, tidak perlu habis duit membeli palet ikan setiap bulan sementara menunngu ikan dipasarkan dan hasil yang diperolehi lebih baik dan bermutu berbanding sebelum ini. Selain itu, air kolam juga bersih dan tidak berbau. Makanan Organik ni dijual dengan harga RM90 bagi satu beg 5kg dan memadai untuk 2000 ekor ikan keli dari bulan pertama hinggalah bulan ke-3 atau sehingga dipasarkan.

Walaubagaimana pun, 1/2 daripada permukaan kolam perlu di isi dengan poko keladi bunting dan di bahagian dasar kolamperlu diisi dengan tanah sedalam 3 inci. Selain tu, perlu juga di tambah pokok kankung air 1/4 dari permukaan air kolam sebelum dimasukkan benih-benih ikan keli.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Makanan Organik bolehlah hubungi saya di talian: 013-9959781 terutamanya untuk pengusaha di kawasan pantai timur. Penghantaran melalui pos juga dibuat dan dikenakan charge RM15 sebagai kos penghantaran.

Pihak kami juga ada menyediakan kursus kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahu dengan lebih lanjut tentang teknik Penyediaan Kolam serta Teknik Matikan Kolam bagi yang menggunakan kolam simen.

Selasa, 13 Januari 2009

HASIL CENDAWAN


Nah...nie rupa bahagian dalam rumah cendawan. Cahaya yang masuk perlu kurangdari 60%.Bebas dari serangga perosak serta mempunyai rak-rak yang sesuai untuk menyusun bongkah-bongkah cendawan.Rak nie telah di basmi kuman sebelum bongkah cendawan dibawa masuk. Bagi menjimatkan kos, anda boleh juga gunakan bangsal kereta dan dilitupi dengan jaring hitam di sekelilingnya. Bongkah-bongkah nie masih belum penuh sebab pembekal belum dapat siapkan semua beg mediumyang kami pohon. Untuk makluman,bongkah cendawan perlu ditempah 1 bulan lebih awal dari tarikh diperlukan. Nampaknya kita orang nie dah tempah lewat, itu yang menyebabkan rak masih kosong. tapi yang penting, bongkah-bongkah nie dah mula mengeluarkan hasil. Harga pasaran RM5 untuk peruncit/ pasar dan Rm6-RM7 sekilo jika pengguna beli dalambentuk kilogram.

PERUSAHAAN CENDAWAN DI BESUT

Nie bangsal kulat/ rumah cendawan yang pertama. Size tak besar, cuma 22' x 20' je, muat lebih dari 5000 bag medium cendawan tiram kelabu. Rumah nie dapat melindung cendawan dari panas terik dan hujan.

Kos dikeluarkan untuk membina sebuah bangsal dalam RM3500. Benih cendawan boleh diperolehi daripada mana-mana pembekal. Rasanya timur, selatan dan utara semua ada jual benih atau bongkah cendawan. Harga untuk satu botol benih cendawan lebih kurang RM2.50 dan harga satu bongkah yang telah siap disuntik adalah RM1.50.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan perusahaan cendawan nie bolehlah menghadiri kursus kaedah penanaman cendawan. Kalau kursus dengan jabatan pertanian, kena mohon lah dan bergantung pada jadual. Tapi,ada ramai pengusaha yang menawarkan kursus sebegini, Kos kursus sehari lebih kurang RM250. Tapi buat apa nak habiskan duit sampai RM250 untuk kursus sehari. Dengan ebook Kaedah Penanaman Cendawan yang cuma RM17 je, saya berjaya menghasilkan sebuah rumah cendawan serta telah mengeluarkan hasil.

Rabu, 7 Januari 2009

Panduan penanaman cendawan






klik link di bawah: http://affiliate.miela-a.com?a_aid=f1b3e414